Tuesday, March 12, 2013

Nabila's Online Biz

 Today I decided to create a Facebook Page for Nabila. https://www.facebook.com/pages/Nabilas-Online-Shopping/175730722509106?ref=hl and I named it as Nabila's Online Biz "Lets Go Shopping". Whilst browsing through her old photos, I realized she likes and felt comfortable whenever she was asked to put on any attire that are made of cotton. It was her father who suggested me to go on online business, then I said to myself why don't I create for  her instead. Its a good training and she will  be 17th this coming October. It will be a decent work training for her right, she and her mother will be busy doing the packaging  and posting it :). Will see how the response and how it goes especially during this coming festive session in August. May Allah bless us and thank you to her father for his idea :P. With a small capital said her father. hahaha....lets do it Precious.

Sunday, October 14, 2012

HAPPY 16TH BIRTHDAY TO MY DEAREST NABILA



 To My Dearest NABILA, you have created an Army, an Army of people’s who’s dedicated more than anything to giving you the best life possible.  Already in your 16th year, you have taught me, your mom, your father and sisters and the rest of your Army how strong you really are, Much stronger than any of us!! Alhamdulillah
and I quote this quote to all the family members " What we do you cannot do, but what you do, we cannot do.  The needs are great, and none of us, including me, ever do great things.  But we can all do small things, with great love, and together we can do something wonderful" by saying Alhamdulillah.

We will keep our faith to Allah SWT and we will keep loving you with all our great love and keep our wishes for you for more and more wonderful things to come" Insyaallah.

Her latest photo ever 14th October 2012 (DOB 14th October 1996)


HAPPY 16TH BIRTHDAY NABILA, MAY ALLAH BLESSED YOU AND MAY ALLAH GRANT US WITH LOTS OF PATIENCE TO HANDLE YOU WITHOUT ANY REGRETS AS YOU ARE THE PRECIOUS OF OUR LIFE, ALHAMDULILLAH.

Friday, June 8, 2012

Prihatin lah....

Kekeluargaan
Memahami Kanak-Kanak Istimewa

by Colorado State University Cooperative Extension


Mengapa Ianya Penting Untuk Belajar Mengenai Kanak-Kanak Istimewa?
Kebanyakan maklumat mengenai kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak genius diperolehi daripada program televisyen yang tidak berkualiti atau daripada filem ataupun daripada mereka yang tidak sensitif terhadap keperluan kanak-kanak ini. Maklumat ini seringkali tidak tepat dan boleh mendorong orang ramai mempunyai tanggapan yang salah mengenai mereka. Tanggapan-tanggapan seperti ini boleh merosakkan perhubungan di antara kanak-kanak istimewa ini dengan penjaga yang baru dan tidak berpengalaman.

Adalah penting bagi kita mengetahui perkara sebenar mengenai kanak-kanak istimewa supaya satu perhubungan yang erat yang berasaskan sikap ambil berat dan penerimaan di antara anda dan kanak-kanak istimewa ini dapat dipupuk. Larry, Susie, Paul, Mary, Mark dan Tina akan memberitahu anda mengenai beberapa tanggapan yang biasa dan akan memberi anda fakta sebenar bagaimana sebenarnya hidup sebagai seorang yang kurang upaya atau seorang genius.

1. Tanggapan: Kecacatan boleh berjangkit. Anda boleh dijangkiti kecacatan mereka sepertimana jangkitan demam selsema.
Fakta: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran, deria, fizikal atau mental, adalah dilahirkan dengan kecacatan ini ataupun menghidap penyakit yang menyebabkan kecacatan ini. Mereka juga mungkin menjadi kurang upaya akibat kemalangan. Orang ramai mungkin berasa tidak selesa berada berdekatan dengan kanak-kanak kurang upaya kerana mereka biasanya kelihatan atau kedengaran berbeza. Mereka kadang kala menggunakan alat-alat khas dan bahagian badan yang lain dengan cara yang sama sekali berlainan. Ada beberapa peringkat dalam pembesaran dan perkembangan mereka yang berlainan daripada kanak-kanak sebaya mereka. Walau bagaimanapun, kecacatan mereka tidak berjangkit.

Paul ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang dilahirkan dengan penyakit yang dipanggil muscular dystrophy atau distrofi otot. Paul menggunakan kerusi roda kerana penyakit ini telah melemahkan otot kakinya. Paul ialah seorang pelajar yang pintar. Semua orang di sekolahnya faham dengan keperluan pelajar kurang upaya seperti Paul, dan pihak sekolah telah memasang landas, lif dan tandas khas di bangunan sekolah. Walaupun dia memerlukan bantuan untuk melakukan sesuatu, Paul boleh melihat, mendengar dan bercakap seperti orang lain. Dia juga mempunyai ramai kawan. Paul pergi dan balik dari sekolah menaiki bas dengan kawan-kawannya. Dia boleh melakukannya kerana bas tersebut dilengkapkan dengan landas khas yang membolehkan dia menaiki bas dengan kerusi rodanya.
2. Tanggapan: Hidup sebagai seorang genius sungguh mudah sekali!

Fakta: Hidup sebagai kanak-kanak genius seringkali lebih sukar kerana semua orang fikir mereka mempunyai segala-galanya! Guru-guru, ibu bapa, kawan-kawan dan mereka yang lain mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap kanak-kanak pintar ini. Kadang kala pelajar-pelajar lain dan rakan-rakan (malah adik-beradik yang lain) cemburu dengan kepintaran atau keupayaan yang ditunjukkan oleh mereka dan lantas tidak mengendahkan kanak-kanak tersebut atau memperlakukan mereka secara tidak adil.

Kanak-kanak genius seringkali dianggap berbeza kerana mereka lebih bijak, tahu menggunakan perkataan-perkataan besar, dan meluangkan lebih masa dan tenaga untuk sesuatu projek berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga kelihatan lebih tua daripada kanak-kanak sebaya. Kebijakan dan anggapan bahawa mereka ini berbeza menyebabkan kanak-kanak genius ini sukar mencari kawan. Apabila mereka tidak mempunyai kawan, sesetengah daripada mereka mula membenci diri sendiri dan hilang keyakinan diri. Dengan itu, perkembangan emosi dan sosial mereka akan tergugat.

Mark ialah seorang kanak-kanak genius. Dia bernasib baik kerana pihak sekolahnya menyediakan program khas bagi kanak-kanak pintar dan berbakat. Program ini menggalakkannya untuk membuat eksperimen di dalam menyelesaikan masalah, membolehkannya belajar subjek-subjek tertentu dengan lebih mendalam, dan memberikannya banyak masa untuk berfikir dan mengembangkan daya kreativitinya.
Walaupun dia seorang yang pintar, Mark juga seperti kanak-kanak lain. Dia suka bermain dengan kawan-kawannya dan berkelahi dengan abang dan adiknya. Suatu hari, dia mengusik adik perempuannya, dan adiknya itu berkata, “Abang seorang yang bijak, tapi mengapa abang suka mengusik saya?” Mark merasa sedih kerana dia merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh adiknya adalah benar. Walau bagaimanapun, ibu Mark mengingatkannya bahawa walaupun dia seorang yang pintar, dia masih lagi seorang kanak-kanak. “Kanak-kanak sebaya kamu memang suka mengusik adik mereka. Ini adalah perkara biasa,” kata ibunya sambil tersenyum. Ini membuatkan Mark berasa senang hati.
3. Tanggapan: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran tidak sebijak kanak-kanak lain.
Fakta: Kanak-kanak yang kurang upaya belajar mempunyai tahap kepandaian yang sederhana atau lebih. Ada di antara kanak-kanak ini yang sebenarnya genius, tetapi ketidakupayaan mereka untuk belajar menyebabkan kebijakan mereka tidak menonjol.
Kanak-kanak seperti ini mempunyai pendengaran dan penglihatan yang normal dan mereka datang dari keluarga yang sama seperti kita juga. Mereka mempunyai masalah untuk belajar kerana mereka menerima, memproses dan memberikan respon terhadap maklumat dengan cara yang berlainan. Dalam erti kata lain, kanak-kanak ini mempunyai masalah di mana mesej yang dihantar ke otak menjadi bercelaru. Kanak-kanak ini sukar belajar membaca, mengeja, menulis, mengingati fakta dan menyelesaikan masalah matematik. Mereka juga sukar menumpukan perhatian, mudah putus asa, dan keliru dengan butir-butir terperinci. Mereka biasanya faham apa yang diajar, tetapi tidak faham bagaimana ianya diajar.

Larry ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai masalah membaca dan mengeja kerana dia mengeja secara terbalik dan oleh itu dia menulis dan menyebut perkataan juga secara terbalik. Kadang-kadang dia menulis “p” walaupun apa yang dimaksudkan ialah “g” atau menulis “was” sedangkan apa yang dimaksudkannya ialah “saw”. Dia juga menyebut “please up hurry” atau membaca “nuclear” sedangkan perkataan yang tertulis ialah “unclear”.

Ketidakupayaan ini menyukarkan Larry untuk mendapat gred yang baik di sekolah. Walaupun dia seorang kanak-kanak yang pintar, dia sering berasa putus asa dengan kesukarannya belajar dan merasakan dirinya bodoh. Malah, salah seorang gurunya memanggilnya pemalas. Ini menyebabkan Larry berasa sedih kerana dia tahu bahawa dia telah mencuba dengan sedaya upaya. Ibu bapa dan guru Larry yang baru tahu mengenai ketidakupayaan ini, dan mereka telah bekerjasama dan mencipta cara yang lebih baik bagi Larry untuk menyelesaikan tugasan sekolahnya. Contohnya, kesukarannya membaca, menulis dan mengeja dapat dikurangkan dengan merekodkan tugasannya dalam bentuk pita rakaman.

Dia berlatih membaca, menulis dan mengeja dengan seorang tutor mengikut masa dan keupayaannya sendiri supaya tidak mengganggu kerja sekolahnya. Larry dan guru-gurunya dapati bahawa dia sukar menumpukan perhatian apabila orang lain di sekelilingnya sedang bercakap. Oleh kerana dia mudah terganggu, dia membuat kerja rumah di sebuah bilik yang sunyi dan tidak bertingkap di rumahnya, atau di bilik kecil yang sunyi di perpustakaan sekolah. Cara pembelajaran seperti ini telah membantu menaikkan prestasi Larry di sekolah dan membuatkan dia lebih yakin dan gembira.

4. Tanggapan: Kesemua mereka yang cacat mental tidak berupaya untuk menjaga diri mereka sendiri dan harus dihantar ke sekolah atau institusi khas.

Fakta: Kecacatan mental bermakna mereka ini lambat belajar. Ramai di antara orang yang cacat mental boleh belajar menguruskan keperluan asas mereka. Oleh itu, mereka boleh tinggal di rumah, malah boleh tinggal bersendirian apabila mereka dewasa.

Mary ialah seorang kanak-kanak yang cacat mental. Dia bersekolah di sekolah awam, sama seperti abang dan kakaknya. Dia mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di kelas, tetapi dia juga menghadiri kelas yang direka khas untuk membantunya menumpukan perhatian dalam beberapa aspek dalam pembelajaran yang sukar diikutinya. Dalam kelas ini, dia belajar menguruskan diri, membaca tanda dan perkataan-perkataan yang ringkas, dan menulis nota dan surat ringkas.

Menghadiri kedua-dua kelas biasa dan kelas khas dipanggil “main-streaming”. Mary juga mengambil bahagian dalam program Olimpik khas. Dia merupakan salah seorang pelari dalam kumpulan lari berganti-ganti.
5. Tanggapan: Kanak-kanak genius sentiasa mendapat gred yang baik dan sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik.

Fakta: Kanak-kanak genius lebih mudah berasa bosan dan tidak gembira di sekolah. Oleh kerana kurangnya cabaran, mereka mencari cara tersendiri untuk menjadikan sekolah lebih menarik. Contohnya, jika guru memberi mereka empat pilihan dalam ujian, mereka akan membuat pilihan kelima. Tetapi, pilihan yang kelima itu tentu dikira salah kerana itu bukanlah pilihan yang diberi pada asalnya. Kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni mungkin tidak mendapat markah yang tinggi dalam subjek lain, tetapi cemerlang dalam seni atau muzik. Mereka mungkin mencipta lagu berdasarkan tugasan yang diberi di kelas sejarah atau membuat lukisan yang cantik mengenai cerita yang mereka dengar di kelas Bahasa Inggeris. Mereka biasanya didenda kerana kreativiti ini kerana mereka tidak menurut arahan dalam tugasan yang diberi.


Tina ialah seorang kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni. Dia boleh menulis puisi dan menggubahnya menjadi sebuah lagu. Dia juga boleh bermain piano dan biola lebih baik daripada guru muziknya di sekolah. Sejak akhir-akhir ini, Tina menunjukkan minat dalam bidang seni. Minggu lepas, ibunya menyuruh dia membawa sampah ke luar, sebaliknya dia mengambil semula kebanyakan sampah ke biliknya supaya dia boleh mencipta sesuatu daripadanya. Arca yang dibuat daripada sampah itu telah menerima anugerah dalam pameran seni di sekolahnya. Tina mempunyai minda yang aktif dan dia sangat berbakat. Walau bagaimanapun, dia mendapati sekolah adalah membosankan dan mengelirukan, dan dia hanya memperolehi gred C di setiap kelasnya. Ketiadaan motivasi ini adalah disebabkan oleh bakat semulajadinya. Dia melihat kehidupan ini dari sudut yang berbeza daripada orang lain.
6. Tanggapan: Kanak-kanak istimewa yang pekak atau sukar mendengar juga tidak sepandai kanak-kanak biasa.
Fakta: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi deria (hilang deria dengar atau lihat) biasanya mempunyai kepandaian yang sederhana atau lebih. Mereka yang pekak, atau hilang deria dengar, tidak dapat mendengar bunyi sejelas yang kita dengar. Ini menyebabkan mereka sukar menyebut perkataan dengan jelas. Kanak-kanak yang pekak mungkin kedengaran berbeza apabila mereka bercakap. Mereka mungkin menggunakan jari, tangan, lengan dan muka untuk berkomunikasi. Ini dipanggil bahasa isyarat.

Susie ialah seorang kanak-kanak istimewa yang cacat pendengaran. Dia menggunakan alat-alat khas untuk membantunya mendengar. Salah satu daripada alat ini ialah alat bantuan pendengaran. Alat ini membolehkan dia mendengar perkataan hampir sepertimana kita mendengarnya. Ini membantu dia memperbaiki percakapannya. Susie seorang yang bijak kerana dia menggunakan alat-alat khas yang direka untuk membantu kanak-kanak cacat pendengaran. Salah satu daripadanya ialah TDD. TDD ialah sejenis mesin yang disambungkan dengan telefon dan boleh mencetak perbualan. Susie menggunakan alat ini untuk berbual dengan neneknya.

Dicetak semula dengan kebenaran daripada National Network for Child Care - NNCC. Lagoni, L. S., Martin, D. H., Maslin-Cole, C., Cook, A., MacIsaac, K., Parrill, G., Bigner, J., Coker, E., & Sheie, S. (1989). Good times with special children. In *Good times with child care* (pp. 58-81). Fort Collins, CO: Colorado State University Cooperative Extension.

Thursday, June 7, 2012

Allah's Precious



::God’s Special Child::

I’m sending you a special child,
To cherish in my name,
For you to love with all your heart,
And teach him just the same.

For he is not like other babies,
Not will ever be,
But you can love him just the same,
And take care of him for me.

He needs to learn the skills of life,
For that I’ve chosen you,
And with your love to guide him,
I know you’ll see him through.


Don’t try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its,
Worth and enjoy my special one.


Friday, October 14, 2011

Thank you Allah for more years to come, Alhamdulillah.

Selamat Harijadi Yang ke 15, wahai sayangku amanah dari ILLAHI.... sudah tiada bicara yang panjang untuk Mama katakan hanya bagi Mama setiap tahun adalah anugerah yang amat bermakna buat Mama....alhamdulillah


 
 

Anugerah Istimewa Kurniaan Ilahi
Dalam keadaanku menekan dada menahan gelora
tika menyelirat fikiranku bertafakur
mencari tafsiran untuk peristiwa hiba
puas aku menyelami lambang yang terkandung
takwil cahaya mataku dilahirkan begitu

Ibuku tercinta mendatangiku
katanya wahai zuriatku sayang
hentikanlah kepiluan dalam hatimu
bersangka baiklah terhadap Ilahi
Tuhan Yang Menguasai seluruh alami
mohonlah yang terbaik dari anugerah ini

Telahku pohon pada Tuhan
Yang Mempunyai Arasy yang Agung
sudahku pinta dengan ayat-ayat shifaNya
dengan sabar aku mencari penawar
ke hujung dunia aku datangi
dengan harapan setinggi gunung
shifa untuk cahaya mataku

Sepahit hempedu untuk aku telan
hakikat yang terlalu menekan
dua purnama kemudian
aku pasrah dan menyerah diri
kepada kekuasaan, Tuhan Yang Kuasa
siapalah aku untuk memaksa
menyelami kiasan yang dilambang
cahaya mataku dilahirkan tidak sempurna

Sehinggalah satu masa
ibuku mendatangi aku lagi
bertanyakan khabar
tentang zuriat turun temurunnya

Beginilah keadaannya, ibu
walaupun belum senyum
aku masih mengharap
air mata hibanya tidak pernah kering
siangnya jadi malam,
malamnya bertukar siang
makannya tak pernah kekal di dalam
kurus tubuh kecilnya tidak berisi
tidak bisa berjalan mahupun duduk
terlantar tidak bermaya
tidak mampu membuat pergerakan
seluruh tubuhnya keras dan kejang
sukar untuk aku mengerti
entah bisa mendengar
entah bisa melihat
begitulah dia dengan dunianya
perkembangannya, pendakian perlahan
seluruh pelusuk aku mencari ikhtiar
tidak lupa memanjatkan doa
kepada Maha Pemberi Syifa

Kata ibu wahai zuriatku
apa lagi yang engkau mahu
kunci syurga ada ditanganmu
peliharalah dia dengan kasihmu

Aku terpegun tanpa ucapan
sebesar alam raya dunia sejagat anugerah ini
keberkatan rahmat dari Ilahi
sebaik-baik Pemberi rahmat
kini aku menginsafi dan mengerti
selama ini aku tidak menyadari
kunci syurga yang ada ditanganku
anugerah istimewa kurniaan Ilahi


lightnur 15/1/2011 (Blogger)

Thursday, October 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY SWEET 14

14 years ago... i can't even closed my eyes to sleep after being told
that you are going to be abnormal two weeks before you were born,tried not to
believe and denied what they have predicted about you and always so
protective for anything concerned about your well being, never take anyone saying but kept my faith and seek the guidance only from the almighty, did I ever regret...yes in the beginning of your birth but not now as you are really precious that allah have given me.....HAPPY BIRTHDAY SAYANG - YOU ARE 14 TODAY...yes still seek blessing from Allah swt as you surely have many things to catch up dear....
Taken this morning.....


Wednesday, June 16, 2010

Ada kah prihatin....

Menyelami naluri ibu yang mempunyai anak istimewa dan serasa kerdil sangat untuk bersuara....adakah suara ini kedengaran.... Insyaa Allah Allah tahu hasrat ini....biar Allah beri jawapan ini....

Dalam ingin menjalani serta berbuat sesuatu yang baik, sudah pasti ada saja halangan yang mendatang, perlu kah aku gentar, sesekali TIDAK kerana aku tahu aku lakukan segala-galanya buat yang mencipta.......