Friday, October 14, 2011

Thank you Allah for more years to come, Alhamdulillah.

Selamat Harijadi Yang ke 15, wahai sayangku amanah dari ILLAHI.... sudah tiada bicara yang panjang untuk Mama katakan hanya bagi Mama setiap tahun adalah anugerah yang amat bermakna buat Mama....alhamdulillah


 
 

Anugerah Istimewa Kurniaan Ilahi
Dalam keadaanku menekan dada menahan gelora
tika menyelirat fikiranku bertafakur
mencari tafsiran untuk peristiwa hiba
puas aku menyelami lambang yang terkandung
takwil cahaya mataku dilahirkan begitu

Ibuku tercinta mendatangiku
katanya wahai zuriatku sayang
hentikanlah kepiluan dalam hatimu
bersangka baiklah terhadap Ilahi
Tuhan Yang Menguasai seluruh alami
mohonlah yang terbaik dari anugerah ini

Telahku pohon pada Tuhan
Yang Mempunyai Arasy yang Agung
sudahku pinta dengan ayat-ayat shifaNya
dengan sabar aku mencari penawar
ke hujung dunia aku datangi
dengan harapan setinggi gunung
shifa untuk cahaya mataku

Sepahit hempedu untuk aku telan
hakikat yang terlalu menekan
dua purnama kemudian
aku pasrah dan menyerah diri
kepada kekuasaan, Tuhan Yang Kuasa
siapalah aku untuk memaksa
menyelami kiasan yang dilambang
cahaya mataku dilahirkan tidak sempurna

Sehinggalah satu masa
ibuku mendatangi aku lagi
bertanyakan khabar
tentang zuriat turun temurunnya

Beginilah keadaannya, ibu
walaupun belum senyum
aku masih mengharap
air mata hibanya tidak pernah kering
siangnya jadi malam,
malamnya bertukar siang
makannya tak pernah kekal di dalam
kurus tubuh kecilnya tidak berisi
tidak bisa berjalan mahupun duduk
terlantar tidak bermaya
tidak mampu membuat pergerakan
seluruh tubuhnya keras dan kejang
sukar untuk aku mengerti
entah bisa mendengar
entah bisa melihat
begitulah dia dengan dunianya
perkembangannya, pendakian perlahan
seluruh pelusuk aku mencari ikhtiar
tidak lupa memanjatkan doa
kepada Maha Pemberi Syifa

Kata ibu wahai zuriatku
apa lagi yang engkau mahu
kunci syurga ada ditanganmu
peliharalah dia dengan kasihmu

Aku terpegun tanpa ucapan
sebesar alam raya dunia sejagat anugerah ini
keberkatan rahmat dari Ilahi
sebaik-baik Pemberi rahmat
kini aku menginsafi dan mengerti
selama ini aku tidak menyadari
kunci syurga yang ada ditanganku
anugerah istimewa kurniaan Ilahi


lightnur 15/1/2011 (Blogger)

Thursday, October 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY SWEET 14

14 years ago... i can't even closed my eyes to sleep after being told
that you are going to be abnormal two weeks before you were born,tried not to
believe and denied what they have predicted about you and always so
protective for anything concerned about your well being, never take anyone saying but kept my faith and seek the guidance only from the almighty, did I ever regret...yes in the beginning of your birth but not now as you are really precious that allah have given me.....HAPPY BIRTHDAY SAYANG - YOU ARE 14 TODAY...yes still seek blessing from Allah swt as you surely have many things to catch up dear....
Taken this morning.....


Wednesday, June 16, 2010

Ada kah prihatin....

Menyelami naluri ibu yang mempunyai anak istimewa dan serasa kerdil sangat untuk bersuara....adakah suara ini kedengaran.... Insyaa Allah Allah tahu hasrat ini....biar Allah beri jawapan ini....

Dalam ingin menjalani serta berbuat sesuatu yang baik, sudah pasti ada saja halangan yang mendatang, perlu kah aku gentar, sesekali TIDAK kerana aku tahu aku lakukan segala-galanya buat yang mencipta.......

Monday, April 26, 2010

Seminar - "Selaut Kasih Segunung Harapan" prihatin lah......




TAJUK : SEMINAR KHAS TENTANG ANAK-ANAK ISTIMEWA “SELAUT KASIH SEGUNUNG HARAPAN” ...

Selaras dengan hasrat murni Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM), PUTRA Specialist Hospital Melaka (PSH) dengan kerjasama BNR Global dan Institut Jantung Negara (IJN) akan melancarkan satu program khusus untuk golongan Kanak-Kanak Istimewa . Maklumat lanjut program adalah seperti berikut :-

Program : “Seminar Selaut Kasih Segunung Harapan”
Tarikh : 3hb – 4hb Julai 2010
Tempat : Avillion Legacy Hotel, Melaka
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang

Seminar dengan semangat kerjasama yang julung-julung kali diadakan ini akan menyentuh kepada pelbagai aspek Kanak-Kanak Istimewa dan akan disampaikan oleh tenaga professional dari IJN, IJN Foundation dan Putra Hospital Melaka. Di samping itu, pengakuan serta kisah sebenar dari seorang ibu yang mempunyai kanak-kanak istimewa juga diselitkan di dalam program ini. Setiap penyertaan adalah terbuka kepada golongan ibubapa, guru-guru pendidikan khas, kakitangan perubatan, golongan belia mahupun orang perseorangan dari seluruh negara.

Yuran penyertaan seminar adalah RM300.00 seorang iaitu meliputi keperluan makan-minum serta perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh pihak penganjur untuk 2 hari. Disamping itu, pihak penganjur juga mengalu-alukan tajaan/sumbangan dari agensi-agensi / badan korporat mahupun dari persendirian untuk penyertaan Ibu Tunggal dan golongan yang tidak berkemampuan seperti berikut:-

Tajaan Berlian - RM3,000.00 bagi 10 orang peserta*
Tajaan Emas - RM2,100.00 bagi 7 orang peserta*
Tajaan Zamrud – RM1,500.00 bagi 5 orang peserta *

(*5% daripada kutipan akan didermakan kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Istimewa Negeri Melaka yang dipilih oleh Jawatankuasa. Setiap pembayaran melalui cek hendaklah dibuat di atas nama “BENDAHARI NEGERI MELAKA” atau terus melalui akaun MAYBANK : 554026000401. Semua tajaan akan mendapat Pelepasan Cukai)

Untuk penyertaan atau tajaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat program di pejabat Institut Pengurusan dan Integriti Melaka (INSPIM) di talian 06-3350334 / 063350939. Maklumat lanjut juga boleh dirujuk menerusi laman web rasmi di http://www.inspim.gov.my.

Pertanyaan juga boleh di ajukan kepada BNR Global di talian : 019-3618983

ATURCARA (HARI PERTAMA)

8.30pg – 9.00pg : Pendaftaran Peserta dan minuman Ringan
9.00pg – 9.45pg : "Tahniah, Anda Di kurniakan seorang anak istimewa" - Profesor Madya Dr Sharifah Zainiyah Binti Syed Yahya, Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. 
9.45pg -10.00pg : Sesi Soal Jawab
10.00pg– 10.30pg : Perasmian oleh YB. Datuk Hjh.Norpipah Bte Abdol
Pegerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Wanita, Pembangunan
Keluarga Dan Kesihatan.
10.30pg –10.40pg: REHAT
10.40pg–11.25pg : “Memahami anak-anak istimewa dari perspektif pertuturan dan
komunikasi” – Puan Yazmin Binti Ahmad Rusli, Jabatan Audiologi
dan Pertuturan (UKM)
11.25pg –11.35pg : Sesi Soal Jawab
11.35pg –12.20tgh: “Stimulasi pertuturan dan komunikasi dari peringkat bayi
hingga ke tahap Umur Persekolahan” Dr Norizan Rajak
Pengarah dan Pakar Konsulting Bahasa, Urbane Ethos Consultancy
Sdn. Bhd
12.20tgh–12.35tgh: Sesi Soal Jawab
12.35tgh– 2.00ptg: MAKAN TENGAHARI/LAWATAN KE SESI PAMERAN PENAJA
2.30pm – 3.15pm : “Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak – Apa yang anda perlu tahu?
Prof. Madya Dr Rogayah A.Razak,Jabatan Audiologi &
Sains Pertuturan,UKM
3.15pm – 3.30pm : Sesi Soal Jawab
3.30pm – 4.45pm : REHAT
4.15pm – 5.00pm : “Kaedah Alternatif Terapi melalui muzik” - Ms Lim Kar Gee,
Enrich Consulting and Music Therapy Centre.
5.00pm : Minum Petang


ATURCARA (HARI KEDUA)

8.30pg – 9.00pg : Pendaftaran Peserta dan Minuman Ringan
9.00pg – 9.45pg : “Pengenalan kepada Masaalah Pembelajaran (LD) : Siapa perlu
ditemui, Apa Yang Harus Di Lakukan dan Kemana Hala Tuju”,
Dr Norizan Rajak, Pengarah dan Jururunding ‘Linguist’, Urbane
Ethos Sdn Bhd
9.45pg– 10.00pg : Sesi Soal Jawab
10.00pg– 10.15pg: REHAT
10.15pg-11.05pg : “Memperkasa Potensi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Melalui
Pendidikan Khas Berkualiti” – Puan Hapsah Binti Yusof, Jabatan
Pendidikan Khas,Institut Pendidikan Guru
11.05pg– 11.20pg: Sesi Soal Jawab
11.20pg–12.30tgh: “Saya Insan Istimewa 2”Tips khas Untuk Ibubapa – Pakar Psikologi
Kanak-Kanak (Putra Hospital)
12.25tgh–12.40tgh: Sesi Soal Jawab
12.40tgh– 2.00ptg: MAKAN TENGAHARI/LAWATAN KE SESI PAMERAN PENAJA
2.00ptg – 2.15ptg: Persembahan Dari Kanak-Kanak Istimewa (TBA)
2.15ptg – 3.00ptg: Jabatan Kebajikan Masyarakat – En Termizi Bin Ali Razak
3.00ptg – 3.15ptg: Sesi Soal Jawab
3.15ptg – 3.30ptg: REHAT
3.30ptg – 4.00ptg: “Nabila Mutiara Hati Ku” Puan Hjh Rohana Abdul Razak
4.00ptg – 4.45ptg: Mengurus Jiwa Dalam Menghadapi Cabaran Kehidupan -
Tuan Hj Mohd Yusof Bin Din,Ketua Jabatan Pembangunan
Sosial, Institut Perkembangan Minda (INMIND).
4.45ptg– 5.00ptg : Sesi Soal Jawab
5.00ptg– 5.15ptg : Majlis Perasmian Penutup Oleh: Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira
Hjh. Asmah Bt Abdul Rahman.

Minum Petang / Bersurai

Friday, January 1, 2010

What about a Down's Syndrome

Two Words
by Cheryl Ward

Your birth brought us closer
As death lingered near
Your strength as you struggled
Gave flight to our fear

Down Syndrome they whispered
on the day after your birth
Two words that portrayed
A false image of your worth

Those words did not tell us
Of the love you would bring
Or the power your smile has
To make our hearts sing

Down Syndrome didn't tell us
What kind of child you would be
Filled with amazing surprises
Shared with your father and me
Hard work, determination,
Teaching and learning, it's true

Down Syndrome means much of this
For each of us, not just you
Wonder child, spirited child
You've grown and you've thrived
Your every achievement

Still fills us with pride
No matter the voice used
Two words can't describe
The fullness you've added
To so many lives
Down Syndrome, those frightening words
Whispered so long ago
Never did they prepare me
For the person I now know.

WELCOME 2010, GOODBY 2009

ANOTHER YEAR....THANK YOU ALLAH

Thursday, November 26, 2009

Utusan Online - Mingguan Malaysia


ARKIB : 22/11/2009
Nabila mutiara hatiku - Hjh Rohana Abdul Razak

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH ( )
adawiyah.koh@utusan.com.my


BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul, setiap kejadian Allah bersebab, saya reda apa yang berlaku," itulah kata seorang ibu, Hjh Rohana Abdul Razak membesarkan anaknya yang bukan sahaja menghidap sindrom down malah disahkan menderita Atrioventricular Septal Defect (AVSD) iaitu penyakit jantung kongenital kompleks dan beberapa komplikasi yang lain.

Seperti satu keajaiban, Hjh Rohana  berjaya mendidik anaknya, Nabila Abd Raes seperti kanak-kanak normal lain. Kesempatan menjamu selera bersama Nabila mengubah persepsi tentang golongan sindrom down. Seperti kanak-kanak normal lain, dia mampu makan dengan tertib. Percakapan dan tingkah lakunya juga sopan dan berbudi bahasa. Terdetik di hati, ini mungkin keajaiban Tuhan. Pengorbanan Hjh Rohana membesarkan anaknya, Nabila tidak ternilai. Kekuatan ini perlu menjadi contoh kepada masyarakat. Yang pasti Hjh Rohana  tidak pernah menyisihkan anaknya Nabila, ke mana sahaja Hjh Rohana pergi Nabila akan dibawanya bersama. Pada 27 Mac yang lalu, Nabila telah selamat dibedah dan pembetulan kepada setiap lubang dan injapnya telah di baik pulih oleh pakar Institut Jantung Negara (IJN).

"Apa yang mampu saya lakukan ialah reda dan supaya Allah memberikan saya kekuatan melalui detik cemas dengan tabah. Di dalam minda saya, saya gambarkan keindahan yang akan saya lalui bersama Nabila dan keluarga saya yang lain. Kini, saya seronok melihat dia bermain solekan sendiri, mewarna dan kadang kala menyanyi dengan bahasanya tersendiri," katanya.

Buat masa ini, Hjh Rohana berfikir untuk memberi latihan vokasional, mungkin Nabila boleh mengambil bidang kecantikan. Siapa tahu Nabila boleh menjadi anak sindrom down yang pertama di bidang kemahiran kecantikan. 

"Kehadiran Nabila memberikan saya satu kekuatan untuk sabar, bersikap terbuka, berfikiran positif dan yakin diri, kehadiran Nabila anak istimewa yang teristimewa. Dia ialah mutiara hatiku," bicaranya dalam keadaan sebak.

Mengimbas kisah 13 tahun lalu, dua minggu sebelum Nabila lahir, Hjh Rohana sudah dimaklumkan tentang keadaan anaknya.

Ketika itu, dia berazam ingin menjadikan anaknya paling istimewa. Risau dan bimbang keadaan anaknya pada masa depan, membuatkan Nabila menangis.

"Pada hari kedua dilahirkan, Nabila dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menjalani pembedahan kolostomi ke atas ususnya.

Tiga minggu selepas pembedahan membentuk lubang pembuangan najis, saya diberitahu oleh doktor bahawa Nabila turut menghidap penyakit jantung kongenital atau jantung berlubang. Setelah berusaha, kami berjaya mendapatkan khidmat kepakarannya. Kemudian, Nabila mula menjalani siri pembedahan jantung seawal usianya tujuh bulan lagi," katanya.

Dugaan ini tidak pernah mematahkan semangat Hjh Rohana sekeluarga. Melihat Nabila yang berjuang untuk terus hidup, Hjh Rohana kuatkan semangat.

Berkongsi teladan dengan pembaca, Hjh Rohana berpendapat setiap ibu bapa perlu diberi didikan untuk menjaga anak sindrom down.

"Dulu, saya panik ketika kuku Nabila yang masih bayi menjadi kebiruan secara tiba-tiba. Mungkin saya bernasib baik kerana tahu menggunakan internet. Saya mula mendapatkan maklumat tentang sindrom down melalui internet. Tetapi bagaimana dengan mereka yang tiada asas internet? Saya harap dengan adanya perkongsian kisah saya dan Nabila dapat membantu masyarakat di luar sana," ujarnya yang banyak menerima sokongan daripada keluarga.

Tambahnya, pengetahuan tentang anak abnormal perlu didedahkan ketika mengandung lagi dan sebelum melahirkan anak.

Setiap keluarga jangan menyerah kepada takdir tetapi perlu bertindak untuk berdepan dengan keadaan ini.

"Sebelum pembedahan jantungnya, selama 12 tahun Nabila tidak fokus pada pembelajaran. Tetapi saya tidak lupa mengajarnya tentang latihan asasi seperti makan dan penggunaan tandas. Maklumat itu saya perolehi daripada internet. Bagi suri rumah tangga, kumpulan sokongan sangat penting. Melalui persatuan, ceramah, dan bengkel, mereka akan mendapat maklumat. Siapa kata anak sindrom down sukar dibentuk? Semuanya perlu usaha ibu dan bapa itu sendiri," ujarnya.

Atas kesedaran membantu masyarakat, Hjh Rohana dan suami menubuhkan syarikat BNR Global untuk memberi bimbingan melalui kumpulan-kumpulan sokongan.

"Ramai ibu-ibu tidak arif tentang menjaga anak kurang upaya dan banyak maklumat tidak fokus kepentingan anak-anak. Misalnya, di Urban Ethos Consultancy membantu peningkatan pembelajaran Nabila seperti pertuturan. Selain bersekolah di kelas pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Nabila kini boleh memperbaiki kemahiran yang dia ada," katanya. Sementara itu, Hjh Rohana mengalu-alukan orang ramai membantu Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dengan menghubungi talian 03-26006219 . Bagi mereka yang berminat untuk menyertai seminar BNR Global bolehlah menghubungi Hjh Rohana di bnrglobal@gmail.com