Kekeluargaan
Memahami Kanak-Kanak Istimewa
by Colorado State University Cooperative Extension
Mengapa Ianya Penting Untuk Belajar Mengenai Kanak-Kanak Istimewa?
Kebanyakan
maklumat mengenai kanak-kanak kurang upaya dan kanak-kanak genius
diperolehi daripada program televisyen yang tidak berkualiti atau
daripada filem ataupun daripada mereka yang tidak sensitif terhadap
keperluan kanak-kanak ini. Maklumat ini seringkali tidak tepat dan boleh
mendorong orang ramai mempunyai tanggapan yang salah mengenai mereka.
Tanggapan-tanggapan seperti ini boleh merosakkan perhubungan di antara
kanak-kanak istimewa ini dengan penjaga yang baru dan tidak
berpengalaman.
Adalah
penting bagi kita mengetahui perkara sebenar mengenai kanak-kanak
istimewa supaya satu perhubungan yang erat yang berasaskan sikap ambil
berat dan penerimaan di antara anda dan kanak-kanak istimewa ini dapat
dipupuk. Larry, Susie, Paul, Mary, Mark dan Tina akan memberitahu anda
mengenai beberapa tanggapan yang biasa dan akan memberi anda fakta
sebenar bagaimana sebenarnya hidup sebagai seorang yang kurang upaya
atau seorang genius.
1. Tanggapan: Kecacatan boleh berjangkit. Anda boleh dijangkiti kecacatan mereka sepertimana jangkitan demam selsema.
Fakta:
Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran, deria, fizikal
atau mental, adalah dilahirkan dengan kecacatan ini ataupun menghidap
penyakit yang menyebabkan kecacatan ini. Mereka juga mungkin menjadi
kurang upaya akibat kemalangan. Orang ramai mungkin berasa tidak selesa
berada berdekatan dengan kanak-kanak kurang upaya kerana mereka
biasanya kelihatan atau kedengaran berbeza. Mereka kadang kala
menggunakan alat-alat khas dan bahagian badan yang lain dengan cara
yang sama sekali berlainan. Ada beberapa peringkat dalam pembesaran dan
perkembangan mereka yang berlainan daripada kanak-kanak sebaya mereka.
Walau bagaimanapun, kecacatan mereka tidak berjangkit.
Paul ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang dilahirkan dengan penyakit yang dipanggil muscular dystrophy
atau distrofi otot. Paul menggunakan kerusi roda kerana penyakit ini
telah melemahkan otot kakinya. Paul ialah seorang pelajar yang pintar.
Semua orang di sekolahnya faham dengan keperluan pelajar kurang upaya
seperti Paul, dan pihak sekolah telah memasang landas, lif dan tandas
khas di bangunan sekolah. Walaupun dia memerlukan bantuan untuk
melakukan sesuatu, Paul boleh melihat, mendengar dan bercakap seperti
orang lain. Dia juga mempunyai ramai kawan. Paul pergi dan balik dari
sekolah menaiki bas dengan kawan-kawannya. Dia boleh melakukannya kerana
bas tersebut dilengkapkan dengan landas khas yang membolehkan dia
menaiki bas dengan kerusi rodanya.
2. Tanggapan: Hidup sebagai seorang genius sungguh mudah sekali!
Fakta: Hidup
sebagai kanak-kanak genius seringkali lebih sukar kerana semua orang
fikir mereka mempunyai segala-galanya! Guru-guru, ibu bapa, kawan-kawan
dan mereka yang lain mempunyai harapan yang terlalu tinggi terhadap
kanak-kanak pintar ini. Kadang kala pelajar-pelajar lain dan rakan-rakan
(malah adik-beradik yang lain) cemburu dengan kepintaran atau
keupayaan yang ditunjukkan oleh mereka dan lantas tidak mengendahkan
kanak-kanak tersebut atau memperlakukan mereka secara tidak adil.
Kanak-kanak
genius seringkali dianggap berbeza kerana mereka lebih bijak, tahu
menggunakan perkataan-perkataan besar, dan meluangkan lebih masa dan
tenaga untuk sesuatu projek berbanding kanak-kanak lain. Mereka juga
kelihatan lebih tua daripada kanak-kanak sebaya. Kebijakan dan anggapan
bahawa mereka ini berbeza menyebabkan kanak-kanak genius ini sukar
mencari kawan. Apabila mereka tidak mempunyai kawan, sesetengah daripada
mereka mula membenci diri sendiri dan hilang keyakinan diri. Dengan
itu, perkembangan emosi dan sosial mereka akan tergugat.
Mark
ialah seorang kanak-kanak genius. Dia bernasib baik kerana pihak
sekolahnya menyediakan program khas bagi kanak-kanak pintar dan
berbakat. Program ini menggalakkannya untuk membuat eksperimen di dalam
menyelesaikan masalah, membolehkannya belajar subjek-subjek tertentu
dengan lebih mendalam, dan memberikannya banyak masa untuk berfikir dan
mengembangkan daya kreativitinya.
Walaupun dia
seorang yang pintar, Mark juga seperti kanak-kanak lain. Dia suka
bermain dengan kawan-kawannya dan berkelahi dengan abang dan adiknya.
Suatu hari, dia mengusik adik perempuannya, dan adiknya itu berkata,
“Abang seorang yang bijak, tapi mengapa abang suka mengusik saya?” Mark
merasa sedih kerana dia merasakan bahawa apa yang dikatakan oleh
adiknya adalah benar. Walau bagaimanapun, ibu Mark mengingatkannya
bahawa walaupun dia seorang yang pintar, dia masih lagi seorang
kanak-kanak. “Kanak-kanak sebaya kamu memang suka mengusik adik mereka.
Ini adalah perkara biasa,” kata ibunya sambil tersenyum. Ini
membuatkan Mark berasa senang hati.
3. Tanggapan: Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pembelajaran tidak sebijak kanak-kanak lain.
Fakta:
Kanak-kanak yang kurang upaya belajar mempunyai tahap kepandaian yang
sederhana atau lebih. Ada di antara kanak-kanak ini yang sebenarnya
genius, tetapi ketidakupayaan mereka untuk belajar menyebabkan kebijakan
mereka tidak menonjol.
Kanak-kanak seperti ini
mempunyai pendengaran dan penglihatan yang normal dan mereka datang
dari keluarga yang sama seperti kita juga. Mereka mempunyai masalah
untuk belajar kerana mereka menerima, memproses dan memberikan respon
terhadap maklumat dengan cara yang berlainan. Dalam erti kata lain,
kanak-kanak ini mempunyai masalah di mana mesej yang dihantar ke otak
menjadi bercelaru. Kanak-kanak ini sukar belajar membaca, mengeja,
menulis, mengingati fakta dan menyelesaikan masalah matematik. Mereka
juga sukar menumpukan perhatian, mudah putus asa, dan keliru dengan
butir-butir terperinci. Mereka biasanya faham apa yang diajar, tetapi
tidak faham bagaimana ianya diajar.
Larry
ialah seorang kanak-kanak kurang upaya yang mempunyai masalah membaca
dan mengeja kerana dia mengeja secara terbalik dan oleh itu dia menulis
dan menyebut perkataan juga secara terbalik. Kadang-kadang dia menulis
“p” walaupun apa yang dimaksudkan ialah “g” atau menulis “was”
sedangkan apa yang dimaksudkannya ialah “saw”. Dia juga menyebut
“please up hurry” atau membaca “nuclear” sedangkan perkataan yang
tertulis ialah “unclear”.
Ketidakupayaan
ini menyukarkan Larry untuk mendapat gred yang baik di sekolah.
Walaupun dia seorang kanak-kanak yang pintar, dia sering berasa putus
asa dengan kesukarannya belajar dan merasakan dirinya bodoh. Malah,
salah seorang gurunya memanggilnya pemalas. Ini menyebabkan Larry berasa
sedih kerana dia tahu bahawa dia telah mencuba dengan sedaya upaya.
Ibu bapa dan guru Larry yang baru tahu mengenai ketidakupayaan ini, dan
mereka telah bekerjasama dan mencipta cara yang lebih baik bagi Larry
untuk menyelesaikan tugasan sekolahnya. Contohnya, kesukarannya
membaca, menulis dan mengeja dapat dikurangkan dengan merekodkan
tugasannya dalam bentuk pita rakaman.
Dia
berlatih membaca, menulis dan mengeja dengan seorang tutor mengikut
masa dan keupayaannya sendiri supaya tidak mengganggu kerja sekolahnya.
Larry dan guru-gurunya dapati bahawa dia sukar menumpukan perhatian
apabila orang lain di sekelilingnya sedang bercakap. Oleh kerana dia
mudah terganggu, dia membuat kerja rumah di sebuah bilik yang sunyi dan
tidak bertingkap di rumahnya, atau di bilik kecil yang sunyi di
perpustakaan sekolah. Cara pembelajaran seperti ini telah membantu
menaikkan prestasi Larry di sekolah dan membuatkan dia lebih yakin dan
gembira.
4.
Tanggapan: Kesemua mereka yang cacat mental tidak berupaya untuk menjaga
diri mereka sendiri dan harus dihantar ke sekolah atau institusi khas.
Fakta:
Kecacatan mental bermakna mereka ini lambat belajar. Ramai di antara
orang yang cacat mental boleh belajar menguruskan keperluan asas mereka.
Oleh itu, mereka boleh tinggal di rumah, malah boleh tinggal
bersendirian apabila mereka dewasa.
Mary
ialah seorang kanak-kanak yang cacat mental. Dia bersekolah di sekolah
awam, sama seperti abang dan kakaknya. Dia mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran di kelas, tetapi dia juga menghadiri kelas yang
direka khas untuk membantunya menumpukan perhatian dalam beberapa aspek
dalam pembelajaran yang sukar diikutinya. Dalam kelas ini, dia belajar
menguruskan diri, membaca tanda dan perkataan-perkataan yang ringkas,
dan menulis nota dan surat ringkas.
Menghadiri
kedua-dua kelas biasa dan kelas khas dipanggil “main-streaming”. Mary
juga mengambil bahagian dalam program Olimpik khas. Dia merupakan salah
seorang pelari dalam kumpulan lari berganti-ganti.
5. Tanggapan: Kanak-kanak genius sentiasa mendapat gred yang baik dan sentiasa bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik.
Fakta: Kanak-kanak
genius lebih mudah berasa bosan dan tidak gembira di sekolah. Oleh
kerana kurangnya cabaran, mereka mencari cara tersendiri untuk
menjadikan sekolah lebih menarik. Contohnya, jika guru memberi mereka
empat pilihan dalam ujian, mereka akan membuat pilihan kelima. Tetapi,
pilihan yang kelima itu tentu dikira salah kerana itu bukanlah pilihan
yang diberi pada asalnya. Kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni
mungkin tidak mendapat markah yang tinggi dalam subjek lain, tetapi
cemerlang dalam seni atau muzik. Mereka mungkin mencipta lagu
berdasarkan tugasan yang diberi di kelas sejarah atau membuat lukisan
yang cantik mengenai cerita yang mereka dengar di kelas Bahasa Inggeris.
Mereka biasanya didenda kerana kreativiti ini kerana mereka tidak
menurut arahan dalam tugasan yang diberi.
Tina
ialah seorang kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni. Dia boleh
menulis puisi dan menggubahnya menjadi sebuah lagu. Dia juga boleh
bermain piano dan biola lebih baik daripada guru muziknya di sekolah.
Sejak akhir-akhir ini, Tina menunjukkan minat dalam bidang seni. Minggu
lepas, ibunya menyuruh dia membawa sampah ke luar, sebaliknya dia
mengambil semula kebanyakan sampah ke biliknya supaya dia boleh mencipta
sesuatu daripadanya. Arca yang dibuat daripada sampah itu telah
menerima anugerah dalam pameran seni di sekolahnya. Tina mempunyai minda
yang aktif dan dia sangat berbakat. Walau bagaimanapun, dia mendapati
sekolah adalah membosankan dan mengelirukan, dan dia hanya memperolehi
gred C di setiap kelasnya. Ketiadaan motivasi ini adalah disebabkan
oleh bakat semulajadinya. Dia melihat kehidupan ini dari sudut yang
berbeza daripada orang lain.
6. Tanggapan: Kanak-kanak istimewa yang pekak atau sukar mendengar juga tidak sepandai kanak-kanak biasa.
Fakta:
Kanak-kanak yang kurang upaya dari segi deria (hilang deria dengar atau
lihat) biasanya mempunyai kepandaian yang sederhana atau lebih. Mereka
yang pekak, atau hilang deria dengar, tidak dapat mendengar bunyi
sejelas yang kita dengar. Ini menyebabkan mereka sukar menyebut
perkataan dengan jelas. Kanak-kanak yang pekak mungkin kedengaran
berbeza apabila mereka bercakap. Mereka mungkin menggunakan jari,
tangan, lengan dan muka untuk berkomunikasi. Ini dipanggil bahasa
isyarat.
Susie
ialah seorang kanak-kanak istimewa yang cacat pendengaran. Dia
menggunakan alat-alat khas untuk membantunya mendengar. Salah satu
daripada alat ini ialah alat bantuan pendengaran. Alat ini membolehkan
dia mendengar perkataan hampir sepertimana kita mendengarnya. Ini
membantu dia memperbaiki percakapannya. Susie seorang yang bijak kerana
dia menggunakan alat-alat khas yang direka untuk membantu kanak-kanak
cacat pendengaran. Salah satu daripadanya ialah TDD. TDD ialah sejenis
mesin yang disambungkan dengan telefon dan boleh mencetak perbualan.
Susie menggunakan alat ini untuk berbual dengan neneknya.
Dicetak
semula dengan kebenaran daripada National Network for Child Care -
NNCC. Lagoni, L. S., Martin, D. H., Maslin-Cole, C., Cook, A., MacIsaac,
K., Parrill, G., Bigner, J., Coker, E., & Sheie, S. (1989). Good
times with special children. In *Good times with child care* (pp. 58-81). Fort Collins, CO: Colorado State University Cooperative Extension.
Nabila my precious pearl....born as a down's syndrome child with AV Canal Defect......
Friday, June 8, 2012
Thursday, June 7, 2012
Allah's Precious
::God’s Special Child::
I’m sending you a special child,
To cherish in my name,
For you to love with all your heart,
And teach him just the same.
For he is not like other babies,
Not will ever be,
But you can love him just the same,
And take care of him for me.
He needs to learn the skills of life,
For that I’ve chosen you,
And with your love to guide him,
I know you’ll see him through.
Don’t try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its,
Worth and enjoy my special one.
Subscribe to:
Posts (Atom)